Monday, October 31, 2011

Belajar memfokus...


Ini tin A yang saya fokus secara manual...
Manual itu maksud saya pada lense nya yang ditulis A - M... saya setkan kepada M. Saya masih menggunakan live view. (Saya belum terer menggunakan viewfinder dengan 11 titik fokus itu !)



Saya fokus B



Saya fokus tin C
(jangan cari huruf C di situ yer... semuanya Dairy Camp punya susu !)



Ini saya cuba fokus Auto di tin A... tapi saya tidak dapat fokus. Kerana kotak fokus itu akan fokus di tengah sahaja.



Sama seperti yang ini juga. Hmmm...


Tentu ada maksud kenapa sifu saya meminta saya belajar fokus menggunakan teknik ini kan ? Nanti kita tunggu komen dari dia.
Posted by Picasa

Panning technique


Ini gambar yang dirakam kawan saya merangkap sifu saya.



Ini gambar anak bungsu saya yang dirakam oleh anak sulung saya.

"ni dinamakan sebagai panning technique. Nak dapatkan image macam ni kena praktis, dari berpuluh-puluh gambar yg di rakam, akan dapat jadi. lens 17-55mm, F2.8, speed 1/60 (tapi bergantung kepada kelajuan subjek) kalau kereta lumba mmg tak cukup mungkin kena 1/500. Mula-mula fokus secara manual pada satu tempat yang subjek memang akan lalu disitu. Lepastu sebelum subjek tu sampai ke titik itu (dalam 1 meter) snap dan jgn lepas, gerakkan kamera mengikut pergerakan subjek. Buat berulang kali baru menjadi. "

Kata sifu saya juga...

"gambar yg dihasilkan oleh photographer ada 2 jenis:
Image (kaya dgn seni, mempunyai cerita, composition, warna dsb),
manakala record cumalah gambar biasa yg dirakam (ala-ala mak-mak) utk disimpan di dalam album. Ciri-cirinya, gambar di tengah dan terang. hahaha"


Yer... dia gelakkan saya. Sebab banyak gambar saya adalah jenis statik... utk saya simpan dalam album atau blog atau fb.

Jadi, menyahut cabarannya, saya telah mencuba teknik ini, dan saya juga ajarkan kepada anak saya (Kakak !). Ada yang menjadi biarpun dia menggunakan mode auto. Saya punya akan dicuba lain hari sebab ada masalah teknikal pada gambar yang saya ambil, ianya hilang tiba tiba tanpa saya tahu sebabnya... mungkin saya delete atau mungkin anak saya yang delete... entah... malas nak persoalkan. Harap harap tidak berlaku lain kali. Kerana akan mengecewakan jika saya pergi ke satu satu tempat, tetiba semua gambar tidak dapat diselamatkan... tentu saya cis cis banyak kali.
Posted by Picasa

Teknik dapatkan kesan BOKEH...

Ini ala ala efec bokeh menggunakan kamera murah dan lense juga murah. Utk dapat ini, tak perlu la speed shutter sampai 1/500. Cukup saja 1/60. Cuma focal lenght dia kena besar dan f value dia paling kecik...

Kalau pakai kamera mahal... kita citer teknik lain pula yer. Saya belum ada duit nak beli lense mahal... hehehe...

Oh ya... saya punya lense setakat ini hanya 18-55mm...
Posted by Picasa

Sunday, October 30, 2011

Belajar memfokus...

Gambar yang diberi di bawah membuatkan saya salah tanggapan. Saya telah menguji fokus saya dengan membariskan tin dan kamera dalam satu barisan. Dah macam askar kata sifu saya... cis...

"salah ni mana satu tin lagi. letak atas meja. Ambik gambar dari depan tin tu. jgn sebari macam askar ni. Letak seolah-olah 3 baris yang berbeza. A letak kat baris satu. B letak kat baris kedua tapi 6 inci ke belakang dan C letak pada bris ketiga 6 inci dibelakang B. Jadi kalau lihat dari depan seolah-olah ketiga-tiga tin ni sebaris"

Komen sifu bila saya susun tin atas lantai sebaris...

Nampaknya... saya kena susun tin cara baru pula...

Abis kemek kemek tin susu anak saya kerjakan usai saya berlatih menembak nih... isk isk isk...
Posted by Picasa

Cara nak belajar Fokus...

Boleh try and uji dan bandingkan dengan yang auto...
Posted by Picasa

Saturday, October 29, 2011

ISO...






Saya masih tidak dapat memahami betul betul konsep ISO nih... terutama ayat ini

"Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang
memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda
perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka
anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture."


p/s : Sila ke http://adhadimohd.com/teknik-fotografi/nota-percuma-teknik-fotografi utk dapatkan nota penuh
Posted by Picasa

Aperture



Ini utk kesan BOKEH... mula mendengar word ini terasa sangat kelakar.... HAHAHAHA.... Rupanya memang term yang digunakan untuk merujuk kepada kesan background yang kabur. So, jangan malu malu gunakan word ini...

p/s : Sila http://adhadimohd.com/teknik-fotografi/nota-percuma-teknik-fotografi untuk dapatkan nota penuh.
Posted by Picasa

Shutter Speed

Saya telah cuba mengambil gambar air menitik... sampai sudah tak berjaya (kelmarin). Mungkin saya akan cuba guna teknik ini. Tapi saya tidak pasti bagaimana nak ubah jadi 1/1000 kerana pada satu satu masa tetiba nilai min adalah adalah jadi lebih besar dari itu dan tidak boleh diubah lagi. Tapi kekadang boleh jadi 1/4000. Entah la... saya masih belajar mengenal kamera saya.
Posted by Picasa

Topik fokus... topik ini saya minat kerana saya belum mendalaminya lagi...

Masih blur lagi konsep ini. Petang karang saya cuba uji...

Sila dapatkan di sini utk full nota : http://adhadimohd.com/teknik-fotografi/nota-percuma-teknik-fotografi
Posted by Picasa

Thursday, October 27, 2011

Ini kualiti gambar yang buat saya beralih kepada SLR

Ini antara sebab yang membuat saya memilih bertukar ke SLR pula... Kualiti yang kabur dan entah apa apa sangat mengecewakan diri saya dan membuat kamera saya yang tidak bersalah menjadi mangsa cis cis saya...
Posted by Picasa

Dual-view ST500

Dengan fungsi dual view ini kami boleh ambil gambar sendiri dengan menarik sekali. Jika menggunakan kamera biasa, rasanya muka kita selalu suka hati jer dia terpotong !
Posted by Picasa

Antara gambar dengan sony cyber-shot....

Ini antara kualiti gambar dengan sony.  Ok juga.  Semua gambar gambar ini hanya ada dalam blog peribadi saya sahaja.  Tiada satu pun dalam komputer kerana camera, laptop dan juga external HD di mana saya menyimpan gambar tersebut semuanya telah diambil oleh perompak durjana... cis !!!

Tuesday, October 25, 2011

Kualiti dengan Fuji...

Ini kalau outdoor...

Kualitinya dan speednya membuatkan saya puas hati. Saya suka kerana bila saya klik butang shutternya, gambar terus terakam tanpa delay sedikitpun. Tapi sayang, kenapa saya beralih kepada Sony... mungkin saya terpengaruh dengan iklan Cybershotnya kot... Hmmm... Lain kali jangan terpengaruh dengan iklan. Bohong jer tu...
Posted by Picasa

Monday, October 24, 2011

Gambar awal saya semasa menggunakan compact Fuji

Saya dapat mengambil moment ini. Sangat cute...

Juga moment ini...

Dan ini...

Apatah lagi ini...

Jika anda besarkan gambar, anda dapat melihat date yang dipaparkan adalah dalam bahasa Jepun di bahagian kiri gambar.

Kualiti gambar memang tidak begitu memuaskan.  Ini kerana saya mengambilnya di dalam rumah.  Jika mengambil outdoor, cantik sangat...
Posted by Picasa

Saat yang perlu dirakam...

Gambar di bawah saya ambil dengan rakan yang ketika itu telah punya kamera yang mahal barang kali. Tahun 2001.



Kualitinya sangat sharp bagi saya...



Waktu ini, anak saya tidak pandai duduk lagi. Kalau anda mahu tahu, dia terus jatuh tergolek selepas saya dilepaskan seketika... hahaha...  kalau saya mengguna kamera samsung atau sony... atau D5100 saya sekarang, tentu gambar yang terpapar adalah gambar anak saya jatuh tergolek !  Saya belum tahu bagaimana nak ambil gambar klik terus snap menggunakan D5100 ini lagi. 







Anaknya pakai baju putih.



Dengan dia saya order kamera digital compact saya yang pertama. Fujifilm... buatan Jepun dan bahasa pada kamera juga bahasa Jepun, menyebabkan saya perlu mengambil tahu perkataan di situ. Tetapi, sehingga sekarang saya tidak tahu menulis word Jepun apalagi berbahasa Jepun... hahaha...
Posted by Picasa

Hari pertama yang menyakitkan hati...

Hari pertama saya mencuba DSLR saya, saya sungguh tertekan bila error di atas keluar. Error ini keluar sejak di kedai lagi. Tetapi setelah penjualnya membelek dan menarik bebenang apatah dari SD nya, dan dimasukkan kembali, kamera berfungsi seperti biasa. Tetapi, bila saya mencuba di rumah... error yang sama berulang. "No SD card inserted ".  Ianya buat saya stress kerana ada ketika anak saya telah tersenyum membuat aksi, tiba masa menekan butang shutter, error tersebut dipapar.  Potong stimmmmmmm...  

Kamera ini didatangkan sekali dengan SD card ini. Mungkin kualiti SD card ini bermasalah, atau D5100 tidak begitu serasi dengan card SanDisk ini. Pelbagai cadangan yang saya dapati dari internet dan kawan kawan. Ada yang mengesorkan menggunakan class 6 atau 10 untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi, bila saya pulangkan ke kedai, dia tukarkan dengan PenDrive.




Masih dalam class 4 yang sama. Sehingga pagi tadi, saya mengujinya, kamera ini berfungsi dengan baik. Ianya tiada masalah dengan video atau static pic.

p/s : Semua gambar di atas masih dengan ST500 lagi. Sebab kamera D5100 tidak dapat mengambil gambarnya sendiri dan juga mengambil gambarnya saat SD cardnya dicabut... hahahaha...
Posted by Picasa