Monday, October 31, 2011

Panning technique


Ini gambar yang dirakam kawan saya merangkap sifu saya.



Ini gambar anak bungsu saya yang dirakam oleh anak sulung saya.

"ni dinamakan sebagai panning technique. Nak dapatkan image macam ni kena praktis, dari berpuluh-puluh gambar yg di rakam, akan dapat jadi. lens 17-55mm, F2.8, speed 1/60 (tapi bergantung kepada kelajuan subjek) kalau kereta lumba mmg tak cukup mungkin kena 1/500. Mula-mula fokus secara manual pada satu tempat yang subjek memang akan lalu disitu. Lepastu sebelum subjek tu sampai ke titik itu (dalam 1 meter) snap dan jgn lepas, gerakkan kamera mengikut pergerakan subjek. Buat berulang kali baru menjadi. "

Kata sifu saya juga...

"gambar yg dihasilkan oleh photographer ada 2 jenis:
Image (kaya dgn seni, mempunyai cerita, composition, warna dsb),
manakala record cumalah gambar biasa yg dirakam (ala-ala mak-mak) utk disimpan di dalam album. Ciri-cirinya, gambar di tengah dan terang. hahaha"


Yer... dia gelakkan saya. Sebab banyak gambar saya adalah jenis statik... utk saya simpan dalam album atau blog atau fb.

Jadi, menyahut cabarannya, saya telah mencuba teknik ini, dan saya juga ajarkan kepada anak saya (Kakak !). Ada yang menjadi biarpun dia menggunakan mode auto. Saya punya akan dicuba lain hari sebab ada masalah teknikal pada gambar yang saya ambil, ianya hilang tiba tiba tanpa saya tahu sebabnya... mungkin saya delete atau mungkin anak saya yang delete... entah... malas nak persoalkan. Harap harap tidak berlaku lain kali. Kerana akan mengecewakan jika saya pergi ke satu satu tempat, tetiba semua gambar tidak dapat diselamatkan... tentu saya cis cis banyak kali.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment