Monday, October 24, 2011

Hari pertama yang menyakitkan hati...

Hari pertama saya mencuba DSLR saya, saya sungguh tertekan bila error di atas keluar. Error ini keluar sejak di kedai lagi. Tetapi setelah penjualnya membelek dan menarik bebenang apatah dari SD nya, dan dimasukkan kembali, kamera berfungsi seperti biasa. Tetapi, bila saya mencuba di rumah... error yang sama berulang. "No SD card inserted ".  Ianya buat saya stress kerana ada ketika anak saya telah tersenyum membuat aksi, tiba masa menekan butang shutter, error tersebut dipapar.  Potong stimmmmmmm...  

Kamera ini didatangkan sekali dengan SD card ini. Mungkin kualiti SD card ini bermasalah, atau D5100 tidak begitu serasi dengan card SanDisk ini. Pelbagai cadangan yang saya dapati dari internet dan kawan kawan. Ada yang mengesorkan menggunakan class 6 atau 10 untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi, bila saya pulangkan ke kedai, dia tukarkan dengan PenDrive.




Masih dalam class 4 yang sama. Sehingga pagi tadi, saya mengujinya, kamera ini berfungsi dengan baik. Ianya tiada masalah dengan video atau static pic.

p/s : Semua gambar di atas masih dengan ST500 lagi. Sebab kamera D5100 tidak dapat mengambil gambarnya sendiri dan juga mengambil gambarnya saat SD cardnya dicabut... hahahaha...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment