Monday, October 24, 2011

Ini kamera DSLR saya yang pertama...


Saya tidak pasti adakah saya akan menjadi seperti peminat-peminat photografi yang lain atau minat saya akan terkubur sekerat jalan. Buat masa ini, ini adalah pelaburan saya yang termahal untuk minat saya yang saya hadiahkan kepada diri sendiri.

Tambahan 27hb 10 2011 : Eh... saya terlupa, saya pernah hadiahkan diri saya bila saya berminat dengan menjahit.  Saya hadiahkan mesin jahit Singer beserta dengan mesin jahit tepinya.  Saya bayar hutang setiap bulan RM200.00 kot... hingga selesai.  Saya telah berikan mesin tersebut pada keluarga saya bila minat saya pudar dan saya tiada masa untuk menjahit.  Now, saya menggunakan mesin jahit tua mak saya.

Saya berminat dengan gambar gambar sejak saya mendapat anak yang pertama... tahun 2001. Saya mungkin ada kamera yang menggunakan kodak/filem sejak lama dulu... tapi saya telah lupa. Tua barangkali.

Saya dapatkan kamera digital compact yang saya kirim dari suami teman yang belajar di Jepun. Harganya dalam RM700.00. Jenama Fujifilm. Saya sangat berpuas hati dengan kualiti gambar menggunakan kamera tersebut. Sangat bagus. Gambar anak saya dapat diambil dalam pelbagai mode. Secara candid dan kelajuan shutternya sangat memuaskan membuatkan saya dapat mengambil gambar anak saya yang tersenyum.

Sesiapa yang tau susahnya mengambil gambar baby tersenyum tentu tahu maksud saya. Kita kena ambil pada masa yang tepat. Jika kita terlewat satu saat... baby kita akan berenti tersenyum...

Pada saat saya mendapat anak yang ke tiga, tahun 2006, kamera Fuji saya rosak. Sangat sedih waktu itu.

Saya telah membeli hp Nokia N73 yang kualiti gambarnya not bad. Boleh la... tapi waktu itu, hp itu sangat mahal, RM1700, tapi sakit hati saya kerana hp selalu hang.  Saya terpaksa on dan off baru boleh digunakan.  Sakit hati kan ?  Lagi tidak berbaloi beli kerana fungsi hp yang saya gunakan sangat sedikit... SMS dan call sahaja.  Baik beli hp RM100 dan beli kamera asing kan ?

Jadi, saya telah nekad dan membeli kamera compact lain, Januari, 2009, saya sambar jenama Sony. Kamera ini tidak memuaskan hati kerana masih tidak dapat mengambil gambar anak anak saya pada moment yang tepat.

Saya lupa harganya berapa... tapi saya rasa harganya around RM700 sahaja. Kamera tersebut tidak bertahan lama dalam tangan saya. Ianya hilang bersama beg tangan saya dan beberapa barang berharga lain dalam rumah sewaktu rumah saya dipecah masuk.

Walaupun sedih dan trauma dengan kehilangan dan ketakutan berhari hari... saya tetap bersyukur anak saya dan keluarga saya selamat.

Pada Mei 2010, saya telah membeli camera compact Samsung ST500. Kamera ini masih setia dengan saya sehingga sekarang. Dari segi kualiti gambar... kamera ST500 ni boleh dikatakan setanding dengan DSLR pada waktu siang dan cahaya yang cukup (setanding dalam kategori yang basic la !). Bila tiba malam dan cahaya kurang... saya akan menyumpah nyumpah kamera kerana menghasilkan gambar gambar yang blur. Sangat tidak puas hati pada kualiti gambar dalam rumah yang kurang cahaya.  Saya memilih ST500 kerana dualview nya yang membolehkan saya ambil gambar sendiri.  Hmmm... kalau tidak... tau la macam mana gambar saya...

Jadi, dua hari lepas, saya telah menyambar kamera DSLR saya pertama... Nikon D5100.  Model ini juga viewnya boleh flexible... ianya menarik minat saya.

Buat masa sekarang, saya masih mencuba cuba fungsi basic yang tersedia pada kamera tersebut. Saya juga belajar term term yang digunakan untuk fotographi, contohnya ISO, Apeture, Flash, Shutter dan lain lain.

p/s: Gambar kamera di atas dirakam menggunakan ST500 saya. 
Posted by Picasa

2 comments:

  1. wow.kagum.
    dalam wishlist saya ni..tahun bila dapat ke tangan tak tau lagi

    ReplyDelete
  2. Hehehe... kalau tak minat menangkap gambar, usah beli. Buang masa jer.

    ReplyDelete